NORAINI AHMAD
NORAINI AHMAD

Penolong Setiausahanya, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, perkara itu perlu difikirkan berikutan situasi terkini menghimpit BN akibat keputusan keluar parti oleh komponen di Sarawak dengan membentuk Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Beliau berkata, walaupun keputusan berkenaan akan memberi kesan kepada BN secara keseluruhan, namun pihaknya lebih melihat kepada keperluan berpolitik secara matang dan menerima secara terbuka keputusan yang diumumkan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Namun, kita berasa sedih kerana ia juga akan memberi kesan kepada kedudukan BN di Dewan Rakyat selepas ini, apatah lagi GPS telah mengumumkan akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

“Walaupun pahit dan rasa dipinggirkan dalam keadaan yang sukar ketika ini, BN akan terus mencari kekuatan untuk bangkit semula,” katanya dalam satu kenyataan, di sini malam tadi.

Empat parti komponen terbabit adalah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik (PDP).

Noraini menambah, ia juga dilihat sebagai satu cabaran kepada UMNO yang kini sedang memfokuskan ke arah kebangkitan semula parti bermula dengan pemilihan barisan kepemimpinan yang baharu.

“Namun, saya percaya ia tidak akan mematahkan semangat ahli-ahli UMNO dan saya menyeru semua ahli parti supaya turut menerima secara baik keputusan Sarawak itu,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE