Pengerusinya, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, Perdana Menteri dijangka memuktamadkan senarai calon dalam pembentangan kali ketiga yang dijangka selepas sidang Parlimen atau Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM).

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO negeri walau bagaimanapun tidak menyatakan tarikh pembentangan senarai calon yang pertama dan kedua tersebut.

Beliau turut mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa senarai calon yang dibentangkan itu melibatkan kombinasi muka lama, baharu dan pertengahan.

“Kita sudah sampai kepada tempoh ‘edah’ PRU-14 dan tiada masa untuk memberi tumpuan kepada selain pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Sumber Kekayaan Baharu (Kelapa) Peringkat Parlimen Arau di Pusat Khidmat parlimen itu di Kubang Gajah di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Pengurus Besar (Pertanian) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Robiah Lazim.

Pada majlis itu, sebanyak 1,400 batang anak pokok diagih-agihkan kepada penduduk di bawah Parlimen itu untuk memberi pendapatan sampingan kepada mereka. - UTUSAN ONLINE