Muka baharu ialah di kerusi Parlimen Kangar, Titi Tinggi, Beseri, Mata Ayer, Santan, Indera Kayangan, Kayang, Pauh, Guar Sanji dan Sanglang.

Mereka yang kekal ialah dua di kerusi Parlimen Arau dan Padang Besar manakala empat di DUN iaitu Tambung Tulang, Chuping, Simpang Empat dan Bintong (bertukar tempat).

Pengumuman itu turut mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya calon dalam kalangan Pemuda UMNO terpilih selain peningkatan calon Wanita UMNO kepada empat orang berbanding pada PRU-13, hanya dua orang.

Pengumuman itu dilakukan Pengerusinya, Datuk Seri Shahidan Kassim di Dewan 2020 di sini, pada pukul 2.30 petang.

Yang turut hadir Timbalannya, Datuk Seri Azlan Man yang juga Menteri Besar, Setiausaha BN negeri, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Bendahari BN negeri, Datuk Rozabil Abdul Rahman.

Pengumuman itu turut mengesahkan desas-desus bahawa Azlan kekal di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun berpindah dari Pauh ke Bintong.

Shahidan ketika mengumumkan senarai tersebut melahirkan keyakinan bahawa Perlis akan dapat memenangi kerusi yang ditandingi termasuk merampas dua kerusi DUN Indera Kayangan yang dimenangi PKR manakala Sanglang, Pas.

"Saya meminta mereka yang tidak tercalon atau digugurkan supaya menerima hakikat dan berlapang dada," katanya. - UTUSAN ONLINE

Calon-calon PRU-14 Barisan Nasional (BN) Perlis

(P.001) Parlimen Padang Besar - Datuk Zahidi Zainul Abidin
(P.002) Parlimen Kangar - Ramli Shariff
(P.003) Arau - Datuk Seri Shahidan Kassim


Dewan Undangan Negeri (DUN)

(N.01) Titi Tinggi - Teh Chai Aan
(N.02) Beseri - Ruzaini Rais
(N.03) Chuping - Asmaiza Ahmad
(N.04) Mata Ayer - Siti Berenee Yahaya
(N.05) Santan - Azizan Sulaiman
(N.06) Bintong - Datuk Seri Azlan Man
(N.07) Sena - Azihani Ali
(N.08) Indera Kayangan - Chuah Tian Hee
(N.09) Kuala Perlis - Datuk Azam Rashid
(N.10) Kayang - Hamizan Hassan
(N.11) Pauh - Rozieana Ahmad
(N.12) Tambun Tulang - Datuk Ismail Kassim
(N.13) Guar Sanji - Afifi Osman
(N.14) Simpang Empat - Nurulhisham Yaakob
(N.15) Sanglang - Che Zaidi Saidin