Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan mengakui, pemilihan 9 Mei iaitu hari Rabu sebagai tarikh pengundian bakal menimbulkan isu dan masalah kepada pengundi.

“Walaubagaimanapun, kita akur dengan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan PRU-14 akan diadakan pada hari bekerja dan saya mahu peratusan kehadiran mengundi tidak kurang daripada 80 peratus.

“Justeru saya perlu fikir dan kupas dengan teliti kaedah supaya kedatangan pengundi pada hari mengundi nanti dapat dipertingkatkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Tuanku Jaafar, dekat sini hari ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah hari ini mengumumkan penamaan calon bagi PRU-14 bakal diadakan pada 28 April, pengundian awal pada 5 Mei manakala hari pengundian pada 9 Mei. - UTUSAN ONLINE