Penyandang kerusi Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, permasalahan rakyat akan diatasi sebaik mungkin melalui penyaluran peruntukan bagi meningkatkan kemudahan prasarana dan infrastruktur.

“Kita akan bagi peruntukkan berdasarkan keperluan dengan bajet yang sedia ada.

“Ini adalah antara langkah yang kita ambil untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat,” katanya ketika berucap di Karnival Rindok Ati Ke Tupong di Dewan Masyarakat Gita, Kampung Pinang Jawa di sini sebentar tadi.

Tambahnya, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan antara langkah kerajaan membantu golongan berpendapatan rendah.

“Ini kerana kerajaan menyedari beban hidup rakyat yang bertambah berikutan kos sara hidup pada masa ini,” ujarnya-UTUSAN ONLINE