DATUK MARZUKI YAHYA
DATUK MARZUKI YAHYA

Sambil menyambut baik cadangan itu, Timbalan Menterinya, Datuk Marzuki Yahya berkata, meskipun ketika ini, tiada duta mewakili negara di Palestin, namun Malaysia sentiasa mengambil maklum mengenai situasi yang berlaku di Palestin.

“Malaysia tidak mempunyai duta di Palestin namun kita selalu mengambil perhatian mengenai kedudukan rakyat negara itu menerusi duta mereka di Kuala Lumpur dan rakan-rakan kita yang berada di Jordan dan Mesir.

“Saya rasa, jawatan Duta Khas Malaysia ke Palestin adalah satu cadangan yang amat baik dan saya akan cuba bawa isu ini dan berbincang di peringkat kementerian,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Dr. Mohd. Nor Monutty yang meminta kerajaan menyatakan sama ada bercadang untuk mewujudkan jawatan Duta Khas Malaysia ke Palestin. – UTUSAN ONLINE.