Drama keluar parti itu bermula dengan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Faisal dan diikuti Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk No­or Azmi Gha­zali.

Kemudian kelmarin, Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mus­tapa Mohamed dan semalam, Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman pula bertindak keluar parti dan pastinya sele­pas ini ada lagi pemimpin yang akan melakukan tindakan yang sama.

Antara alasan klise yang diberikan oleh para pe­mimpin ini kepada rakyat yang memilih mereka adalah hala tuju UMNO selepas gagal dalam PRU-14 tidak lagi selaras dengan perjua­ngan mereka.

Sudah tentu fenome­na keluar parti ini akan disusuli dengan adegan pe­nyerahan borang kemasukan ke parti-parti lain sama ada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) atau DAP.

Sebenarnya wajar di­ta­nya kembali kepada para pemimpin yang telah dan bakal keluar par­ti, perjua­ngan mereka de­mi rakyat atau kelangsu­ngan politik sen­­diri? Ini memandangkan mungkin su­kar untuk se­se­­-
ora­ng yang pernah berada di tampuk kuasa hidup dalam keadaan serba kekurangan sebagai pembangkang.

Dalam tempoh yang tidak pasti sampai bila rakyat te­rus menjadi mangsa dan ter­pinga-pinga dengan permai­nan para pe­mimpin yang dipilih serta di­berikan undi pada PRU-14.

Situasi yang berlaku pada masa ini menjadi satu petanda bahawa sudah sampai masanya kerajaan menggubal undang-undang antilompat parti bagi memastikan kesetiaan dan integriti dalam politik.

Mungkinkah secara diam-diam kerajaan Pakatan Harapan (PH) merestui tindakan pemimpin yang saling keluar dan kemudian melompat parti ini?