MASIDI MANJUN
MASIDI MANJUN 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, bagaimanapun perkara tersebut bergantung kepada keputusan yang akan ditentukan kepimpinan tertinggi Bersatu.

"Kumpulan bebas (ahli Parlimen dan ADUN Bebas) akan ada menyuarat selepas ADUN Sulaman, Datuk Hajiji Mohd. Noor selepas pulang daripada mengerjakan umrah.

"Apapun tunggu kejutan yang memang pun sudah ramai yang terkejut pada 23 Februari ini,” katanya ketika di hubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Keputusan melengkapkan tiga lagi parti Pakatan Harapan (PH) sedia ada di negeri itu dicapai selepas Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat pengumuman berkenaan keputusan melebarkan sayap partinya di Saba bagi mengambil kira keperluan rakyat di negeri itu yang ingin menyertai Bersatu selain memperkukuhkan kedudukan Parti Warisan Sabah (Warisan).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, Bersatu mencapai persefahaman dengan Warisan bahawa parti itu tidak akan memasuki Sabah, sebaliknya Warisan menjadi rakan PH bagi mendapat sokongan rakyat Sabah.

Sebelum ini, Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal beberapa kali berharap Bersatu tidak akan memasuki negeri itu susulan ura-ura ia akan melebarkan sayapnya ke negeri ini dan bakal disertai beberapa bekas wakil rakyat UMNO. - UTUSAN ONLINE