Kesungguhan dan komitmen kita semua selaku pimpinan dan ahli Bersatu harus kekal pada tahap tertinggi.

Sama seperti yang kita tunjukkan semasa memberikan pelbagai pandangan untuk meminda perlembagaan parti demi kelangsungan Bersatu secara menyeluruh.

Kita semua dalam Bersatu memiliki tanggungjawab besar memacu tenaga seluruh ahli membawa parti ke arah masa depan lebih cerah.

Saya mengucapkan tahniah kepada Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir kerana memainkan peranan sangat penting dalam menggerakkan pindaan perlembagaan parti ini.

Ia bukan sahaja memerlukan masa tetapi ketokohan untuk mengolah pindaan dan persetujuan semua demi survival Bersatu yang kita cintai ini.

Semua pimpinan dan ahli biasa perlu menghayati peranan dan amanat yang disampaikan Pengerusi kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Parti ini harus sentiasa dipastikan berada di landasan yang betul dan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat walau dalam apa jua keadaan.

Dengan langkah progresif ini Bersatu menjadi sebuah parti yang mantap dan kuat untuk terus mendapatkan kepercayaan serta mandat rakyat.

DR. MASZLEE MALIK

Ahli Majlis Pimpinan tertinggi

Parti Pribumi Bersatu Malaysia

*Penafian: Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian Utusan.