Bagaimanapun, beliau yang ditemui selepas majlis pelancaran Bulan Kaunseling Kebangsaan, enggan mengulas lanjut berhubung isu tersebut.

“Itu berita palsu,” kataya ringkas di sini hari ini.

Penyebaran berita tersebut menjadi tular di media sosial selepas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam memuat naik satu catatan dalam Facebook dengan mengaitkan sumber berita itu daripada agensi berita Singapura, BERITAmediaCorp.

Bagaimanapun, agensi berita tersebut menafikan bertanggungjawab menyebarkan berita mengenai Presiden PKR itu dan telah menghubungi Lokman untuk memintanya menarik semula berita tersebut.

Ekoran itu, Lokman dalam status terkininya telah memadam catatan tersebut.-UTUSAN ONLINE