Manakan tidak gambar yang dikongsi adalah foto beliau bersama Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Moha­med Azmin Ali.

Kapsyen gambar tersebut berbunyi,'Bergambar bersama bakal Timbalan Perdana Menteri Malaysia, insyaAllah.' Ternyata kapsyen tersebut mengundang pelbagai soalan daripada warganet.

"So bermakna BN tak yakin la untuk rampas kembali kuasa pada PRU-15...hmmm," kata Mohd. Izur.

"Dr. Asyraf yang bakal Timbalan Perdana Menteri baru ok," kata Ahmad Safri.

"Jika PH kekal memerintah, insya-Allah Azmin bakal PM menggantikan Tun," kata Muhamad Afif Idris.

"Saya harap-harap ini admin je yang tulis bukan tuan tubuh," kata Fakirul Aswadi Derahman.

"Maksud Datuk, UMNO, Bersatu dan kartel PKR bergabung untuk jadi kerajaan sedikit masa lagi?" tanya Wan Johan Wan Ishak.

Gambar yang dikongsi Dr. Asyraf Wajdi dipercayai diambil ketika majlis penamaan calon Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad Shah di Tanah Rata hari ini.-UTUSAN ONLINE