SOLEHAH HUSAIN
SOLEHAH HUSAIN

Malah, Solehah Husain, 65, mengakui dia benci dan tidak sanggup mendengar nama bekas Perdana Menteri itu berikutan kenyataan yang dibuat dalam ceramah kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Kuala Lumpur semalam.

“Orang mati molek (elok) kata mati katak, tak boleh, makcik bencilah dekat Mahathir. Tak mahu tanya apa dah pasal Mahathir. Malas nak bagi statement ba­nyak-banyak, makcik benci tengok Mahathir,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir men­dakwa 14 mangsa yang terkorban dalam tragedi berdarah Memali pada 1985 sebagai ‘mati katak’, bukan mati syahid ketika berceramah di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Dr. Mahathir mendakwa Ama­nat Haji Hadi yang dibuat Pre­siden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1981 menjadi punca berlakunya peristiwa hitam ter­babit dengan membunuh pegawai kerajaan yang disifatkan sebagai kafir.

Peristiwa Memali pada 19 November 1985 menyebabkan 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarkan operasi menangkap Ibrahim Libya kerana didakwa mengancam keselamatan serta mengamalkan ajaran sesat.