Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pada masa sama satu surat berserta alasan telah dihantar kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tujuan sama.

“SPRM buat ikut lunas undang-undang dan kita UMNO mesti mengemukakan hujah mengapa duit itu perlu dipulangkan kepada kita.

“Dia (SPRM) buat tanggungjawab dia begitu juga kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Ucapan Dasar Presiden Pas sempena Muktamar Tahun Pas Ke-65 di Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di sini. - UTUSAN ONLINE