Mohamed Apandi antara lain menuntut ganti rugi am berjumlah RM10 juta daripada Kit Siang.

Menurut Mohamed Apandi, kenyataan Kit Siang yang disiarkan di laman portal Malaysiakini pada 6 Mei lalu menggambarkan seolah-olah beliau bersubahat dan terlibat di dalam kegiatan jenayah terutama di dalam skandal kewangan 1MDB.

Mohamaed Apandi juga menyifatkan kenyataan Kit Siang itu memberi gambaran bahawa beliau tidak mempunyai integriti dan tidak bermoral serta tidak mempunyai sifat etika bertanggungjawab professional serta etika lain yang penting bagi menyandang posisi sebagai peguam negara.

Kit Siang didakwa membuat kenyataan itu dalam ruangan ‘MP Speaks’ di Malaysiakini dengan tajuk ‘Dangerous fallacy to think Malaysia’s on the road to integrity’. - UTUSAN ONLINE