Pengumuman itu dibuat Pesuruhjaya Pas negeri, Rosli Abdul Jabar dalam satu majlis di bandar ini malam ini.

Yang hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Andansura Rabu dan calon-calon parti itu di dalam Parlimen Raub.

Terdahulu dalam majlis berasingan siang tadi, Choy Hee menyerahkan borang keahlian DHPP kepada Pengerusi DHPP, Dr. Bala Chandran Gopal Krishnan selepas mengesahkan keluar daripada DAP yang disertainya sejak 2007.

Beliau meninggalkan DAP kelmarin selepas hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan tertinggi parti itu yang dilihatnya mengetepikan suara ahli akar umbi di kawasan berkenaan.

Perkembangan tersebut menyaksikan Pas kini meletakkan calon di 41 kerusi daripada keseluruhan 42 kawasan yang dipertandingkan di negeri ini.

Sehingga kini, hanya DUN Triang menjadi satu-satunya kerusi yang tidak ditandingi parti itu. - UTUSAN ONLINE