Beliau bersama 30 pengikutnya menyerahkan borang keahlian menyertai parti itu kepada Pengerusi Amanah negeri, Wan Kharizal Wan Khazim

dalam satu majlis yang diadakan di sini.

Dalam majlis tersebut, Wan Kharizal juga menerima borang keahlian menyertai Amanah daripada 71 penyokong Pas.

Shahruddin berkata, beliau mengambil keputusan menyertai Amanah selepas tertarik dengan kesederhanaan parti itu selain telah hilang kepercayaan terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang disifatkan masih tidak berubah meskipun tewas dalam pilihan raya baru-baru ini.

“Saya telah hilang kepercayaan terhadap UMNO sudah lama dan pilihan raya lalu yang menyaksikan BN kalah memberi petunjuk kepada saya untuk keluar parti,” katanya diketika ditemui.

Sementara itu, Shahruddin berkata, faktor tidak terpilih sebagai calon BN dalam pilihan raya lalu bukan penyebab utama beliau mengambil keputusan meninggalkan parti yang disertainya sejak 1999 itu.

Sebaliknya kata bekas Ketua Penerangan UMNO negeri itu, sikap kebanyakan pemimpin yang masih mengamalkan politik wang terutama ketika pemilihan parti baru-baru ini menyebabkan beliau tawar hati.

“Saya akan meneruskan kerja seperti biasa untuk membela nasib rakyat khususnya di kawasan Kangar meskipun kini berada di dalam parti baharu,” katanya. - UTUSAN ONLINE