HUSAIN ABD. RAHMAN
HUSAIN ABD. RAHMAN 

Anak sulungnya, Husni Abd. Rahman, 50, ketika ditemui di sini berkata, Allahyarham bapanya itu dimasukkan ke hospital tersebut sejak Rabu lalu kerana mengalami jangkitan kuman pada bahagian paru-paru.

Kata beliau, sepanjang menerima rawatan, keadaannya walau bagaimanapun bertambah serius dan disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital kira-kira pukul 3 pagi.

Untuk rekod, Allahyarham pernah menjadi ADUN Bandar Baharu dari 1990-1995.

Husain juga pernah menjadi Setiausaha Sulit Kementerian Luar Negeri antara 1984-1986, Setiausaha Sulit Kementerian Kemajuan Tanah & Wilayah (1988-1990), Setiausaha Politik Kementerian Pelancongan (2000-2004) dan Setiausaha Politik Kementerian Penerangan (2004-2005). - UTUSAN ONLINE