Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mem­bayangkan gejala tidak si­hat yang cuba dijauhi turut me­nye­babkan kesetiaannya dipersoalkan oleh sesetengah pihak makin lantang kedengaran pada musim pemilihan kini.

“Masih ada individu yang sang­gup mempertikaikan kesetiaan saya. Ya, kesetiaan saya bukan pada individu, ini kerja cium tangan sahaja. Ini cara UMNO,” katanya ketika berucap dalam maj­lis Pidato Malaysia Baharu sem­pena siri jelajah menjelang pemilihan parti di sini malam semalam.

Yang hadir sama calon-calon Naib Presiden PKR iaitu Zuraida Kamaruddin, Tian Chua dan Shamsul Iskandar Mohd. Akin di samping calon Timbalan Ketua Wanita, Dr. Daroyah Alwi.

Kata Mohamed Azmin, gejala tidak sihat itu sama sekali tidak boleh wujud dan diterapkan sebagai budaya penting dalam kalangan anggota parti yang seharusnya berpegang teguh kepada idealisme perjuangan.

“Pokoknya saya mahu anggota parti setia kepada perjua­ngan dan jangan taasub kepada pemimpin kerana budaya ini ti­dak sihat.

“Apabila kita berpegang kepa­da idealisme perjuangan apa pun gangguan dan cabaran yang da­tang kita tidak akan goyah dan lari daripada prinsip dan landasan perjuangan.

“Tetapi kalau setia kepada in­dividu dan taasub, inilah ma­salah. Tidak dapat jadi calon lompat, tidak dapat itu ini, lompat,” ujarnya.

Beliau mengingatkan generasi baharu dalam PKR supaya tidak melupakan pengorbanan orang lama yang menggerakkan reformasi sehingga parti kini boleh menerajui kerajaan.

“Kita bergerak sebagai satu ge­rakan. Kita mahu perpaduan utuh. Kita mahu gerakan reformasi ini diteruskan tetapi pendekatan yang berbeza. Sekarang ini bukan jeritan laungan tetapi adalah pelaksanaan kata-kata,” ujarnya.