Difahamkan ini bukan kali pertama Mohamed Azmin gagal hadir pada mesyuarat yang dijalankan parti itu.

Mesyuarat yang bermula pukul 5 petang tadi dipengerusikan Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir ialah Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Naib Presiden, A. Xavier Jayakumar.

Ini adalah mesyuarat mingguan yang dibuat oleh kepimpinan PKR bagi membincangkan mengenai hal-hal dalaman parti.

Bagaimanapun, difahamkan Mohamed Azmin tidak datang mesyuarat hari ini kerana menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengenai Kesesakan Tambak Johor di Putrajaya.

Mesyuarat jawatankuasa itu dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sebelum ini, Mohamed Azmin telah lapan kali gagal hadir pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sejak mengekalkan kedudukan sebagai Timbalan Presiden PKR tahun lalu.-UTUSAN ONLINE