Perkara itu disuarakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu yang menegaskan majoriti kepemimpinan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) menyokong penuh Anwar menggalas jawatan nombor satu pentadbiran negara itu.

Ronnie malah mengatakan pelantikan Anwar juga telah dipersetujui dalam Pakatan Harapan (PH) sebagai individu menggantikan Dr. Mahathir walaupun terdapat spekulasi bahawa Mohamed Azmin dikatakan pemimpin ‘kesayangan’ Perdana Menteri itu.

“Ini benar, Anwar mungkin bukan kegemaran Dr. Mahathir tetapi dia adalah pilihan PKR (sekurang-kurangnya majoriti dalam parti itu), DAP dan Amanah.

“Sekali pun beberapa ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PKR berada di belakang Mohamed Azmin, mereka tetap tidak akan menjadi majoriti dalam PH. Oleh itu, saya tidak fikir Mohamed Azmin berpeluang menjadi Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan seperti dipetik portal Malaysiakini hari ini. - UTUSAN ONLINE