Menurutnya, memandangkan kes berkenaan telah disiasat oleh pihak berkuasa, maka beliau tidak mempunyai hak untuk mendedahkan dalang sebenarnya.

“Saya tak mempunyai mempunyai peranan untuk membuat pendedahan tersebut kerana siasatan dibuat oleh pihak berkuasa. Biar pihak berkuasa menentukannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Silaturahim Bersama Warga Peserta Felcra Seberang Perak di Kampung Gajah di sini hari ini.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi sekali lagi menegaskan bahawa penyebaran video seks sejenis yang dikaitkan dengan dirinya merupakan serangan fitnah terhadapnya.

“Pihak berkuasa telah buat laporan awal hasil siasatan bahawa ada tangan-tangan ghaib yang terlibat dan dengan jumlah yang begitu besar untuk melancarkan serangan fitnah ini dan kita serahkan kepada pihak berkuasa,” katanya.

Semalam, Mohamed Azmi memberitahu beliau tahu siapakah dalang utama di sebalik penyebaran video seks sejenis yang dikaitkan dengan dirinya. - UTUSAN ONLINE