Beliau juga tidak mahu menjawab soalan berhubung isu video yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu.

“Tiada komen, itu bukan urusan saya,” jawabnya ketika ditemui wartawan selepas merasmikan Majlis Temu Rapat Pimpinan PKR Pusat di sebuah hotel di sini.

Selain, Mohamed Azmin turut tidak hadir ialah dua Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dan Tian Chua yang dianggap rapat dengan Mohamed Azmin.

Bagaimanapun beliau dijadualkan berucap dalam salah satu slot program itu esok.

Program pemukiman yang dihadiri kepemimpinan tertinggi PKR bermula hari dan akan berakhir pada Ahad. - UTUSAN ONLINE