Tepuk dahi melihat reaksi Timbalan Presiden PKR itu kononnya mahu mencampak Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang

sekiranya dapat membuktikan air di empangan negeri itu penuh.

Hakikatnya, margin simpanan air bukanlah soal mana-mana empangan-empangan di negeri itu mempunyai air atau sebaliknya.

Perkara ini telah diterangkan dengan ringkas tetapi padat oleh Zaini dan Mohamed Azmin sepatutnya berlapang dada, meluangkan masa membaca serta memahaminya.

Zaini menjelaskan makna kosong peratus margin simpanan air ialah air terawat yang dihasilkan menerusi loji rawatan air yang hanya cukup-cukup untuk diagihkan kepada pengguna

menerusi paip.

Beliau memberitahu, tidak ada stok air lebihan untuk disimpan dalam tangki besar di kawasan perumahan atau perindustrian.

“Dengan kata lain, isipadu permintaan air sama dengan isipadu penghasilan air terawat.

“Jika berlaku kerosakan loji atau paip pecah, maka kawasan terbabit akan mengalami gangguan bekalan air sehinggaah kerosakan tersebut dapat dipulihkan,” jelas beliau.

Sekiranya Mohamed Azmin masih tidak faham, Zaini turut menerangkan bahawa jumlah gangguan bekalan air merupakan petunjuk utama untuk memantau tahap perkhidmatan bekalan air.

“Di Selangor sebagai contoh, sebanyak 259,537 aduan berhubung gangguan bekalan air direkodkan pada 2016 berbanding jumlah nasional 416,201,” ujar beliau. - UTUSAN ONLINE