MEGAT ZULKARNAIN OMARDIN

Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, sebalik­nya Mohamed Azmin perlu serius untuk me­­ngatasi masalah ber­­kenaan supaya rak­yat tidak terbeban.

Menurutnya, ke­ra­jaan Pusat melalui Kementerian Ke­sejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan terpaksa campur tangan bagi membantu rakyat berikutan perkara itu dilihat semakin serius.

“Kerajaan PKR Selangor walaupun Mohamed Azmin dakwa ada rizab sehingga berbilion ringgit, tetapi saya dukacita apabila masalah perumahan rakyat gagal diselesaikan.

“Sebagai contoh di Parlimen Gombak sendiri yang merupakan kawasan diwakili Mohamed Azmin, lebih 20 flat tidak pernah diberi peruntukan oleh kerajaan negeri untuk diselenggara sehingga rakyat terpaksa tinggal dalam keadaan yang tidak selesa,” katanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen, hari ini.

Menurut Megat Zulkarnain, berbeza dengan kerajaan PKR Selangor, kerajaan Pusat tidak pernah pilih kasih atau mempolitikkan isu perumahan rakyat apabila Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar mengumumkan peruntukan lebih RM9 juta untuk tujuan penyelenggaraan perumahan di Parlimen Gombak.

“Selain itu, kerajaan Pusat juga memperuntukkan lebih RM6 juta untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka bagi tujuan sama.

“Pada pendapat saya, kerajaan PKR Selangor di bawah pimpinan Mohamed Az­min gagal menjaga kebajikan rakyat walaupun berulang kali mendakwa beliau prihatin dengan segala masalah rakyat,” katanya.

Sementara itu, Megat Zulkarnain turut mempersoalkan tindakan kerajaan PKR Selangor yang tidak lagi menggunakan Pusat Pemindahan Sisa Pepejal di Seksyen 21, Shah Alam selepas diambil alih oleh kerajaan Pusat pada Julai lalu.