Proses pemilihan dan pengiraan yang selesai pada pukul 7 malam ini menyaksikan Azmin mendahuli pencabarnya dengan kelebihan majoriti 1,375 undi.

Azmin memperoleh 2,827 undi berbanding Rafizi yang meraih 1,452 undi.

Beliau menang di 16 cabang, berbanding Mohd Rafizi yang menang di empat cabang sahaja.

Penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR itu menang di Bandar Kuching,.Kota Samarahan, Mas Gading, Batang Lupar, Batang Sadong, Betong, Lanang, Lubok Antu, Saratok, Hulu Rajang, Lawas, Baram,.Kanowit, Bintulu, Selangau dan Mukah.

Rafizi pula sekadar berpuas hati menawan hati penyokong di Serian, Miri, Sibuti dan Limbang.

Keseluruhannya, Sarawak mempunyai 29 cabang PKR dan pemilihan baki sembilan cabang lagi yang menjadi penentu nasib kedua-dua pemimpin itu berlangsung esok. - UTUSAN ONLINE