Beliau yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, langkah itu bagi memastikan suara akar umbi menjadi formula penting dalam setiap tindakan dan keputusan dalam parti.

“UMNO perlu bertindak sebagai saluran kepada suara akar umbi bagi memastikan kebajikan rakyat sentiasa diperjuangkan dan dibela. 

“UMNO kini sebagai pembangkang, perlu menggalas tugas itu dengan menjadi pembangkang yang kuat dan berkesan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain Azalina, beberapa pemimpin UMNO lain turut menawarkan diri bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi parti antaranya Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah; Exco Pemuda UMNO, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya dan Ketua UMNO Bahagian Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias. - UTUSAN ONLINE.