Malah, ketuanya, Muhd. Nurudin Naima Mohd. mendakwa, isu tersebut dibawa ke peringkat  negeri namun jawapan yang diberikan pimpinan seolah-olah lepas tangan dan tidak tahu untuk menjawab persoalan yang sebenar.

“Kami antara ahli ingin meluahkan rasa kurang senang kami atas beberapa isu terpendam selepas persidangan  parti akhir tahun lalu.

“Jawapan kepada soalan juga pada kami amat mudah untuk dijawab jika kita berada dalam kedudukan jujur serta baik. Saman sahaja pihak yang tuduh Presiden PPBM (Tan Sri Muhyiddin Yassin) ada skandal dengan isteri orang,” katanya kepada sidang akhbar PPBM Jangan Pecat Kami di sini hari ini.

Pada sidang akhbar itu, 11 orang itu mewakili keseluruhan 50 ahli Armada PPBM di Parlimen Jerai.

Menurutnya, penjelasan mengenai isu-isu dalaman parti itu penting untuk disampaikan kepada masyarakat.

“Kami berasa amat malu untuk ketika ini bila mana ada ahli-ahli parti lain seolah-olah memperlekeh keluarga Tun Mahathir menjumpai harta karun sewaktu menjawat jawatan Perdana Menteri antara tahun 1981 hingga 2003,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE