Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, dalam programnya, Presiden PKR itu akan mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson dan pegawai lain kira-kira pukul 11 pagi.

"Beliau akan bersolat jumaat di Masjid Jamek Kampung Paya dan dijangka menyampaikan sumbangan peribadinya iaitu mesin hemodialisis di Hospital Port Dickson.

"Ia adalah lawatan pertama beliau selepas menang dan tanda terima kasih kepada penduduk Port Dickson yang telah memberi kepercayaan kepadanya," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Insan Terbilang Negeri Sembilan, di sini hari ini.

Anwar memenangi PRK Parlimen Port Dickson pada Sabtu lalu dengan memperoleh sebanyak 31,016 undi dalam pertandingan tujuh penjuru.

Beliau yang menang dengan majoriti sebanyak 23,560 undi telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Port Dickson pada Isnin lalu. - UTUSAN ONLINE