Beliau berkata, situasi itu dapat dilihat apabila pengundi Cina sudah bosan dengan pembangkang yang jelas tidak mampu membela nasib mereka.


Katanya, tindakan pengundi Cina beralih arah dalam dua pilihan raya terdahulu bukan disebabkan mereka tidak suka kepada BN sebaliknya telah terpengaruh dengan hasutan pembangkang.


“Saya sudah mengepalai banyak pilihan raya sebelum-sebelum ini, namun kali ini saya lihat sokongan masyarakat Cina sudah berlainan. Mereka dilihat iklas untuk kembali bersama BN.


“Situasi tersebut tidak mustahil berlaku dan kalau kita ingat pada tahun 1999 di mana ketika itu berlaku gelombang politik namun pengundi Cina tetap memberi sokongan kepada BN,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Sambutan Tahun Baharu Cina MCA Bahagian Arau di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Hwa Aik di sini hari ini.


Yang turut hadir, Naib Pengerusi MCA negeri, Chuah Tian Hee dan lebih 500 masyarakat Cina dari kawasan ini.


Dalam perkembangan berkaitan, Shahidan memberitahu, pihaknya terus mempergiatkan program bertemu rakyat di seluruh di negeri ini.


“Setakat ini, boleh dikatakan hampir 100 peratus penduduk termasuk di pelosok-pelosok kampung kita telah jumpa. Malah usaha tersebut akan diadakan secara berterusan,” katanya. -UTUSAN ONLINE