Nizar Najib
NIZAR

Mohd. Nizar menggantikan Datuk Shahruddin Ahmad yang memegang jawatan itu bagi penggal lalu selepas Shahruddin tidak bertanding pada pemilihan kali ini apabila sudah melepasi syarat kelayakan umur.

Mohd. Nizar dalam ucapannya melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana terpilih memegang jawatan itu dan berazam membawa UMNO ke martabat yang sepatutnya.

"Kini apa yang perlu kita lakukan ialah membuang sikap angkuh, politik wang serta segala unsur negatif untuk kembali memenangi hati golongan muda,” katanya ketika berucap pada Majlis Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pekan di Dewan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE