Ahli Parlimen Arau itu berkata, beliau bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan kepadanya sepanjang menghadapi pertuduhan tersebut.

Katanya, apa yang paling penting, perkara itu diselesaikan dengan baik apabila remaja tersebut membuat pengakuan tidak meneruskan kes yang disifatkan hanya salah faham selain sudah saling memaafkan.

“Saya lihat ramai membuat andaian awal sebelum ini sebelum mahkamah membuat keputusan. Apa pun, saya ucapkan terima kasih dan sangat bersyukur,” katanya di sini hari ini.

Shahidan yang didakwa melakukan sentuhan seksual terhadap remaja berusia 15 tahun dalam kejadian, Oktober tahun lalu dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan oleh Mahkamah Sesyen hari ini.

Keputusan itu dibuat Hakim Ainul Shahrin Mohamad selepas mangsa yang tampil sebagai saksi kelima tidak mahu meneruskan perbicaraan dan meminta kes berkenaan diselesaikan secara baik antara kedua belah pihak. - UTUSAN ONLINE