Ketibaan Naib Presiden UMNO itu kira-kira pukul 8.30 malam di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat disambut Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Yang turut hadir, wakil Menteri Besar, Datuk Ayub Rahmat dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Md. Jais Sarday.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri turut memeriksa perbarisan ahli UMNO bahagian berkenaan. - UTUSAN ONLINE