Setiausahan Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sebagai sebuah pertubuhan siasah, ahli UMNO terikat pada etika, perundangan dan perlembagaan parti.

“Sebelum penamaan calon dilancar oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO kita takut ada kawan-kawan dalam parti yang tidak berpuas hati pada calon yang dipilih.

“Sehubungan itu, saya minta semua ahli wala’ dan akur pada keputusan yang ditetapkan,” katanya selepas menghadiri majlis pelancaran pembangunan surau baharu di Presint 11K dan 11F di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan dikeluarkannya semalam yang mengingatkan supaya ahli UMNO tidak mensabotaj parti atau berhadapan tindakan tegas termasuk pemecatan.

Dalam pada itu, ditanya mengenai desakan sesetengah pihak yang mahukan calon pilihan mereka dipilih bagi mewakili BN bagi kerusi Parlimen Wangsa Maju dan Bandar Tun Razak, Tengku Adnan meminta semua pihak bertenang dan bersabar kerana nama calon masih belum diumumkan. - UTUSAN ONLINE