Kesemua ahli Pas Cawangan Taman Kantan Permai, Kajang yang ditemui Utusan Online berkata, tiada sebarang surat arahan dikeluarkan kepada daripada pihak atasan parti yang meminta supaya tidak menyokong BN dan UMNO dalam PRK Semenyih kali ini.

Setiausaha Pas Cawangan Taman Kantan Permai, Rahmat Kasim, 53, berkata, pihaknya hanya mendapat arahan supaya menjalankan pelbagai program dan membantu UMNO bagi menghadapi PRK Semenyih.

“Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hasan bersama dua Naib Presiden Pas yang lain turut berada semasa proses penamaan calon semalam. Jika tiada sokongan dan kerjasama terhadap UMNO, kenapa mereka juga turun bersama.

“Kerjasama Pas-UMNO memang positif, jika tidak kami juga tidak membantu, ini sahaja caranya demi penyatuan ummah di antara Pas dan UMNO,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE