Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib MCA, Tan Sri Chor Chee Heung berkata, semua pihak perlu akur dan meneruskan perjuangan serta memberi sokongan penuh kepada calon yang dipilih demi memastikan kelangsungan parti itu pada masa depan.

“Sekiranya ada laporan dan bukti yang cukup, kita tidak akan tunggu hingga habis PRU-14 untuk bertindak sebaliknya tindakan serta merta akan diambil bagi memastikan imej MCA dan BN tidak tercalar.

“Sebab itulah kita bagi amaran awal pada hari ini sebelum kempen PRU-14 bermula kerana kita ada terima aduan semasa PRU sebelum ini dan kita tidak mahu perkara ini berulang pada PRU kali ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalannya, Lim Si Cheng. - UTUSAN ONLINE