Jamilah Zakaria (BN-Trong) berkata, ini menyebabkann beliau terpaksa menyewa empat buah khemah untuk menjayakan program pemeriksaan kesihatan untuk rakyat di kawasannya.

Katanya, apa yang menyedihkan beliau ialah notis larangan menggunakan dewan tersebut hanya dimaklumkan pada saat akhir oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

“Program pemeriksaan kesihatan untuk warga emas ini bukan program politik, jadi mengapa MPKK tidak membenarkan penggunaan dewan orang ramai?

“Malah saya nak guna masjid untuk tuisyen anak bangsa sendiri pun tak boleh,” katanya ketika penggulungan titah diraja oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Sementara itu, Ahmad Faizal berkata, penggunaan dewan orang ramai untuk tujuan politik termasuk oleh Pakatan Harapan (PH) tidak dibenarkan.

“Namun semua dewan boleh digunakan oleh semua parti kecuali untuk tujuan politik,” katanya. - UTUSAN ONLINE