Pengerusi DAP negeri yang juga ADUN Aulong, Nga Kor Ham antara yang dilihat masuk ke Istana Kinta pada pukul 3.30 petang.

Difahamkan wakil.rakyat Pakatan Harapan Perak mahu menyelesaikan isu pembentukan kerajaan negeri yang masih tergantung susulan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ini kerana tiada parti yang memperoleh jumlah kerusi majoriti mudah bagi membolehkan pembentukan kerajaan negeri Perak.

BN memperoleh 27 kerusi manakala beberapa parti yang bertanding di bawah PKR 29 kerusi dan Pas tiga kerusi.

Semalam, BN Perak mengumumkan telah memiliki bilangan kerusi DUN yang mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri iaitu 30 kerusi.

Dalam PRU-14, Pas menang DUN Selama (Mohd. Akmal Kamarudin), Kubu Gajah (Khalil Yahaya) dan Gunung Semanggol (Razman Zakaria). - UTUSAN ONLINE