Samsolbari yang juga Setiausaha UMNO negeri berkata, perkara itu bertentangan dengan sikap ADUN kerajaan yang lantang mengutarakan isu kos sara hidup rakyat sewaktu berada di bangku pembangkang.

“Sepanjang perbahasan ini seorang pun dari sebelah sana (ADUN kerajaan) membicarakan tentang kos sara hidup rakyat...Jika dahulu, dewan ini menjadi pentas dan medan untuk mengetengahkan soal kesengsaraan hidup rakyat.

“Adakah semuanya telah selesai? baik serta merta?... Realitinya (kini), bagaimana dengan kos sara hidup rakyat? soal minyak (petrol), (minyak) sawit, getah, harga barangan keperluan harian?,” katanya ketika sesi perbahasan dalam sidang DUN di Kota Iskandar, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE