Bagaimanapun, Adam Rosly, 30, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan di hadapan Hakim Allaudeen Ismail.

Ahli perniagaan itu menghadapi dua pertuduhan memberi pernyataan palsu mengikut Seksyen 32 (8)(c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Sementara itu, empat pertuduhan iaitu mengemukakan dokumen palsu dikemukakan mengikut Seksyen 89 akta sama yang kedua-duanya memperuntukkan hukuman denda sehingga RM3 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Ibu pejabat SPRM di blok D6, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di sini antara 10 Februari dan 22 Februari lalu. - UTUSAN ONLINE