Pantun yang dikarang Ahli Parlimen Marang itu dalam laman Facebook beliau semalam turut menyindir pemimpin DAP yang didakwa melabel kerjasama Pas dengan UMNO sebagai Taliban.

“Datang bersuluh di bandar Seremban, naik perahu ke Pulau Manis, kamu tuduh kami Taliban, di belakang kamu ada komunis. Tegakkan Islam, Melayu dan semua kaum selamat!” katanya.

Sementara itu, Abdul Hadi dalam kenyataan berasingan hari ini mengecam tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengiktiraf Bukit Golan sebagai kawasan Israel.

Katanya, tindakan pengikitirafan itu disifatkan sebagai melampau dan boleh menambah keganasan yang mengancam keamanan dunia.

“Tindakan ini jelas menunjukkan kesombongan Presiden AS yang dipengaruhi Zionis dengan tidak menghormati pemilik asal bumi Palestin dan meneruskan agenda peluasan kuasa Zionis di sana.

“Pas mengekalkan pendirian tidak mengiktiraf cadangan dua negara (Two-State) dan menolak sebarang tindakan hegemoni Zionis yang hanya mendatangkan ketegangan di rantau Asia Barat dan dunia keseluruhannya,”katanya. -UTUSAN ONLINE