Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Abdul Azeez sedia jadi perantara masyarakat India

UMNO
DATUK Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (dua dari kanan) diiringi Datuk Seri Ismail Muhamed Said (kanan) beramah mesra dengan perwakilan UMNO pada majlis perasmian Persidangan UMNO Bahagian Kuala Krau di Dewan Orang Ramai Simpang Peragap di Kuala Krau, Temerloh, Pahang hari ini.-UTUSAN

KUALA KRAU 20 Ogos - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sedia berhadapan dengan masyarakat India termasuk Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) bagi menerangkan isu semasa yang berkaitan dengan kaum berkenaan.

Beliau berkata, masyarakat India harus sedar bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri  Najib Tun Razak sentiasa memberikan perhatian terhadap kebajikan dan kepentingan kaum tersebut.

"Saya sedia menjadi perantara antara UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan masyarakat India yang mana saya boleh menjelajah ke seluruh negara bercakap dengan masyarakat India apa yang Datuk Seri Najib lakukan untuk mereka.

"Dalam isu ini, saya minta Hindraf berjumpa saya dan saya boleh memberikan penerangan kepada mereka dalam bahasa Tamil," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Kuala Krau di Dewan Simpang Peragap di sini, hari ini.

Yang hadir sama Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain