Pengerusi BN Sarawak itu bagaimanapun mengakui kecewa dengan kemenangan tipis yang diperoleh kerana menjangka BN dapat merampas lebih banyak kerusi pada awalnya.

"Walaupun pada mulanya kita fikir dapat menang lebih 19 kerusi yang mana dua dirampas bebas, PKR (empat) dan DAP (enam).

"Sudah tentu saya kecewa kerana menjangkakan dapat menang lebih lagi," katanya ketika ditemui pemberita di Bangunan Dewan Undangan Negeri Lama, di sini sebentar tadi.

Sesi Pengumuman Keputusan PRU-14 yang dirancang bersama Kuala Lumpur untuk telesidang telah dibatalkan.

Tambahnya, kekalahan pada beberapa kerusi BN di sini dilihat berikutan isu-isu nasional yang dimainkan pembangkang.

"Kita juga akan melakukan bedah siasat keputusan secepat mungkin selepas ini," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada agensi keselamatan seperti polis dan lain-lain termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam memastikan perjalanan PRU-14 berjalan dengan aman dan lancar. - UTUSAN ONLINE