Datuk Md. Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) berkata, parti serpihan seumpama itu membuktikan ada pihak berfikiran sempit yang menganggap UMNO dan Pas perlu bertelagah dan bermusuh selama-lamanya.

"Ada yang melihat konflik UMNO dan Pas ini sangat besar, seolah-olah tidak boleh dipertemukan langsung. Sehingga ada pula parti serpihan kerana tidak mahu kebaikan (kerjasama) ini berlaku.

"Kenapa sampai begitu sekali? Tidakkah kita ada tanggungjawab kepada Allah SWT untuk kukuhkan Islam di bumi ini. Jadi apa bekalan kita di akhirat kelak? Pergaduhan dan konflik sesama sendiri?" katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Bajet Kelantan 2018 dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE