Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, Tan Sri Dr. Rais Yatim menegaskan, beliau pernah menyuarakan kebimbangan itu dalam mesyuarat rasmi parti dan amat berharap pelaksanaan manifesto itu diterjemahkan ke peringkat meyakinkan.

“Manifesto yang dahulu (dijanjikan PH dalam kempen PRU-14) itu perlu dijadikan latar pandangan pada semua yang memerintah sekarang.

“Buat jadual, carta, tandakan ini sudah selesai, tol selesai, pendapatan untuk penoreh, nelayan, orang kampung pun selesai.

“Jika tidak (dilaksanakan), kita (berisiko) akan berkuasa hanya sepenggal,” kata beliau dalam wawancara dengan Utusan Malaysia yang disiarkan dalam kolum Tumpang lalu hari ini.

Ikuti wawancara penuh di halaman 18 dan 19 Utusan hari ini. -UTUSAN ONLINE