Begitulah penegasan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diajukan soalan mengenai kemungkinan beliau tidak akan menjadi Perdana Menteri walaupun telah dijanjikan jawatan itu bakal diserahkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini.

“Saya sudah 71 tahun, dan sudah masuk dan keluar neraka (penjara) dan masuk lalu keluar

ANWAR IBRAHIM
ANWAR IBRAHIM 

semula, jadi saya tidak begitu bimbang tentang masa hadapan.

“Saya tahu orang fikir ahli politik tidak bermaksud begitu, tetapi saya maksudkannya. Que sera sera (apa akan jadi, akan terjadi),” ujar beliau seperti dipetik ketika ditemu bual oleh portal The Hindu ketika lawatannya ke India semalam.

Walau bagaimanapun, menurut Anwar, beliau serta pasukannya memberi sokongan penuh kepada kepemimpinan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dan keputusan untuk tidak menetapkan tarikh spesifik untuk menggantikan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dibuat oleh beliau sendiri.

“Ya, saya dan Dr. Mahathir telah bersetuju dan parti juga bersetuju yang ia (Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri) tidak akan melebihi tempoh dua tahun (sehingga Mei 2020), tetapi saya nyatakan bahawa adalah pen­ting untuk kita tidak umumkan tarikh (peralihan kuasa).

“Kita mahu Dr. Mahathir memerintah secara efektif dengan sokongan yang penuh, bukan dalam keadaan lemah (lame duck). Kita perlu bersatu dan fokus kepada masalah ekonomi yang serius,” kata beliau.