Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, kehilangan undi itu dikesan berlaku di 17 cabang iaitu sembilan cabang di Sabah dan lapan cabang di Selangor.

Kata beliau, cabang-cabang terlibat merupakan kawasan yang dijangka memberi kelebihan kepada Rafizi berdasarkan mobilisasi dan resit yang dikeluarkan untuk menyokongnya.

“Kita bukan hendak menolak keputusan tersebut atau menafikan proses itu tetapi yang dipertikaikan sekarang apabila masalah itu dilihat sistematik dan terancang. Apa yang berlaku ini luar biasa. Cabang yang kena hanya pada satu pihak.

“Sabah sebagai contoh undi yang besar di Kota Marudu hilang 27.27 peratus undi Timbalan Presiden yang hilang, seterusnya Sepanggar (23.25 peratus), Tawau (17.99 peratus), Tuaran (19.55 peratus), Beluran (21.33 peratus), Kimanis (24.63 peratus) dan Kota Belud (29.38 peratus),” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.

Tambah Akmal Nasrullah yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru, Biro Politik yang akan bermesyuarat malam ini diminta supaya dapat meneliti masalah tersebut seterusnya menyiasat secara rapi.

“Keseluruh jumlah kehilangan undi hanya berlaku di negeri-negeri tertentu pada kada peratus 20 peratus hingga 35 peratus di 40 cabang, seolah-olah ada keputusan yang dipadam secara terpilih,” katanya. - UTUSAN ONLINE