Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah berkata, mesyuarat khas suruhanjaya tersebut yang diadakan hari ini turut menetapkan 20 Jun sebagai hari penamaan calon.


Pada 12 Mei lalu, DUN Sarawak telah meluluskan usul melucutkan kelayakan Dr. Ting Tiong Choon sebagai wakil rakyat dari DAP kerana mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Malaysia dan Australia. -UTUSAN ONLINE