SHAIFUL HAZIZY ZAINOL ABIDIN
SHAIFUL HAZIZY ZAINOL ABIDIN

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, dakwaan tersebut adalah berat dan ia perlu dibuktikan segera. 


“Pemuda UMNO Kedah juga amat meragui dakwaan tersebut dan percaya ia adalah semata-mata ingin menutup kelemahan kepimpinan Armada yang dilihat tidak matang serta kebudak-budakan.


“Pemuda UMNO Kedah juga percaya desakan tiga exco Armada adalah serius dan ia perlu disiasat dengan segera,” katanya di sini hari ini.


Beliau mengulas tentang kenyataan Ketua Armada itu dalam satu sidang akhbar semalam yang mendakwa tiga exco yang melancarkan serangan terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dipercayai bersekongkol dengan pengendali blog, Raja Petra Kamaruddin.


Tambah Shaiful Hazizy, Pemuda UMNO Kedah juga memandang serius dakwaan wujudnya perancangan dan konspirasi pemimpin PPBM bersama Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat untuk mencalarkan imej negara. 


“Bagi Pemuda UMNO Kedah DoJ seolah-olah ada benda yang tidak kena di mana wujudnya perancangan besar ‘grand design’ dimana tiada pendakwaan berlaku dan bersifat acah-acah,” katanya.


Oleh yang demikian, Pemuda UMNO Kedah ingin mengesyorkan agar pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera membuka kertas siasatan bagi mencari kebenaran tentang kewujudan ‘perancangan besar’ ini. -UTUSAN ONLINE