Ketua Koordinator Negeri, R. Nadarajan berkata, faktor cuaca dan hari bekerja bagi kakitangan swasta menjadi punca kurang pengundi.

“Proses pemilihan kepemimpinan PKR bagi negeri ini hari ini berjalan lancar cuma sedikit ketegangan di Paya Besar dan Temerloh pada sebelah pagi ketika pemilihan bermula.

“Bagaimanapun, suasana tegang itu hanya seketika dan berjaya dikawal oleh pasukan pemilihan di kawasan berkenaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pahang menjadi negeri kelima menjalankan proses memilih kepemimpinan PKR selepas Pulau Pinang, Johor, Kelantan dan Terengganu.

Mereka akan memilih pemimpin untuk mengisi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) iaitu timbalan presiden, naib presiden, ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), ketua wanita dan ahli jawatankuasa MPP. - UTUSAN ONLINE