Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, proses pengundian di dua buah pusat mengundi awal yang dibuka pada pukul 8 pagi ini berjalan lancar.

spr awa;

PENGERUSI SPR, Azhar Azizan Harun (dua dari kanan) meninjau keadaan di bilik mengundi undi awal PRK Cameron Highlands di Balai Polis Berinchang 
hari ini. - UTUSAN ONLINE/GAMBAR KAMAL BASIR WAHAB

"Pengundi awal hari ini terdiri daripada pegawai dan anggota polis yang mengundi di Balai Polis Brinchang dan Balai Polis Sungai Koyan.

"Pusat mengundi ini akan ditutup pada pukul 5 petang dan kertas-kertas undi ini hanya akan dikira pada hari mengundi (Sabtu ini). Peti-peti undi ini akan disimpan di dalam lokap-lokap balai polis," katanya ketika ditemui selepas meninjau proses undi awal di Balai Polis Brinchang di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya menyasarkan 70 peratus daripada 32,009 pengundi berdaftar di sini akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing pada PRK Parlimen itu. - UTUSAN ONLINE